BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 October 2009

Kesan Negatif Pergaulan Bebas & Cara Mengatasi

Pergaulan bebas di kalangan remaja semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat. Isu ini sering menghiasi dada-dada akhbar. Fenomena yang sudah lama bersarang dalam kehidupan masyarakat memberi satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik,mengasuh dan membimbing generasi hari ini.

..kesan negatif..

(a) sosial
  • wujud kes cabul dan rogol
  • terjebak dgn gejala rokok/dadah
  • lari dari rumah

..cara mengatasi..

  • menguatkuasakan undang-undang di tempat awam oleh pihak berkuasa secara konsisten untuk menyedarkan remaja agar menjaga tatasusila mereka
  • ibu bapa harus mengawal pergaulan anak-anak sama ada di rumah/diluar rumah

(b) ekonomi

  • penyalahgunaan teknologi seperti internet
  • tempat awam menjadi sarang untuk mereka bersosial

..cara mengatasi..

  • mengawal batas penggunaan teknologi
  • menguatkuasakan peraturan-peraturan di tempat awam

Tindakan Yang Perlu Diambil Bagi Masalah Sosial.

Tindakan yang Perlu Diambil Bagi Situasi Tersebut...

M/ s 58


Situasi 1: Rakan sekelas anda sedang merosakkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.

Tindakan: Kita hendaklah memberi teguran atas kesalahan yang dilakukan. Kita hendaklah melaporkan kepada guru yang bertanggungjawab.

Situasi 2: Rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah.

Tindakan: Kita mestilah memberi nasihat dan memberitahu kesan-kesan yang telah dilakukan.Seterusnya,kita mesti melaporkan kepada guru disiplin.

Situasi 3: Rakan anda merosakkan meja dan kerusi sekolah.

Tindakan: Pelajar haruslah memberi peringatan dan melaporkan kepada pihak sekolah.

Monday, 19 October 2009

Kepekaan dan Tindakan Terhadap Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat.

2) Bincangkan cara-cara untuk membendung perbuatan jenayah sosial seperti mencuri, membuli, vandalisme, penyalahgunaan teknologi dan sebagainya.


  • Memberi bimbingan dan motivasi.
  • Ibu bapa haruslah memberi perhatian lebih kepada anak-anak.
  • Msayarakat harus saling nasihat-menasihati.
  • Remaja perlu didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan.
  • Semua pihak perlu memberi kerjasama.

3) Sebagai pelajar, apakah tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah sosial yang semakin menjadi-jadi?

  • Pelajar hendaklah memilih kawan yang baik.
  • Pelajar hendaklah menjauhi aktiviti-aktiviti yang negatif.
  • Pelajar perlulah mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kepekaan & Tindakan terhadap Isu dan masalah Sosial dalam Masyarakat

(1) Masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat

petikan A (buku teks , m/s 49)

  • melepak
  • menghisap ganja
  • lumba haram
  • mencuri / merompak
  • pecah rumah

petikan B (buku teks, m/s 50)

  • kurang didikan agama
  • cinta buta

petikan C (buku teks, m/s 50)

  • vandalisme

petikan D (buku teks, m/s 51)

  • penyalahgunaan teknologi
  • menyebarkan fitnah/berita palsu

petikan E (buku teks, m/s 51)

  • membuli
  • mengherdik
  • memaki
  • mengasari
  • memukul
  • memeras ugut
  • berfoya-foya
  • seks bebas
  • membelakangkan undang-undang, moral dan etika

Monday, 12 October 2009

Etika Pengguna dan Peniaga

Pengguna

  • tidak membeli barangan curi atau seludup
  • tidak memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan
  • bertanggungjawab melaporkan sebarang penyelewengan kepada pihak berkuasa

Peniaga

  • menjual dengan harga berpatutan mengikut pasaran
  • mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan
  • mematuhi garis panduan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

Ciri-ciri Pengguna Rasional.

Ciri-ciri Pengguna yang Rasional...
  • Membandingkan harga barang sebelum membeli.
  • Membuat senarai barang ketika ingin membeli.
  • Membeli barang yang diperlukan sahaja.
  • Menetapkan bajet sebelum membeli.
  • Bertindak sebagai pengguna yang rasional.

Keselamatan Pengguna, Industri dan Alam Sekitar

  • kualiti barang atau perkhidmatan yang sama dengan harga yang berpatutan
  • barangan ( khususnya makanan dan ubat-ubatan ) memenuhi kriteria selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan kesihatan
  • tiada penyelewengan dalam timbangan dan sukatan yang digunakan, dan juga barang yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan
  • keadilan semasa memberikan layanan yang sopan kepada sesiapa pun tanpa mengira ras,status, jantina dan sebagainya
  • tiada unsur eksploitasi terhadap pengguna

Pengguna yang Rasional

  • membeli berdasarkan keperluan
  • bersikap rasional, bukan emosional semasa membeli-belah
  • membeli barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan
  • mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai pengguna rasional
  • bertindak sebagai pengguna rasional dan peniaga beretika
  • mementingkan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar
  • membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian

Hak dan Tanggungjawab Pengguna

  • hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang selesa. Contohnya, makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat tinggal, kemudahan dan pendidikan.
  • hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. Contohnya, makanan dan ubat-ubatan.
  • hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi pembelian keluaran yang rosak atau berbahaya dan pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati janji.
  • hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan.
  • hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga berpatutan.

Monday, 17 August 2009

Hak dan Tanggungjawab sebagai Pengguna yang Rasional.

soalan : Mary membayar wang pendahuluan sebanyak RM 3000 untuk memesan sebuah kereta. Selepas satu minggu, jurujual memberitahu Mary bahawa model kereta yang dipesan telah kehabisan stok dan stok baru pula lebih mahal kerana ada penambahan aksesori. Mary tidak mahu membeli stok baru dan menuntut balik wang pendahuluannya. Jurujual menolak tuntutan mary dan meminta Mary mencari pembeli ganti untuk kereta baru itu.
Pendapat tentang tindakan jurujual :
  • Jurujual bersikap tidak rasional.
  • Bersikap mementingkan diri sendiri.
  • Tidak bertanggungjawab.

Cadangan bagi Mary menuntut hak :

  • Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sikap jurujual terhadap pelanggan.
  • Mengadu kepada pihak pengurus syarikat.
  • Mengetahui hak sebagai pengguna.

Monday, 27 July 2009

welcome to our blog ...

haluu .. haluu .. haluu .. kumpulan 3 di sini .. welcome to our blog !!! peace ..