BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 October 2009

Kesan Negatif Pergaulan Bebas & Cara Mengatasi

Pergaulan bebas di kalangan remaja semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat. Isu ini sering menghiasi dada-dada akhbar. Fenomena yang sudah lama bersarang dalam kehidupan masyarakat memberi satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik,mengasuh dan membimbing generasi hari ini.

..kesan negatif..

(a) sosial
  • wujud kes cabul dan rogol
  • terjebak dgn gejala rokok/dadah
  • lari dari rumah

..cara mengatasi..

  • menguatkuasakan undang-undang di tempat awam oleh pihak berkuasa secara konsisten untuk menyedarkan remaja agar menjaga tatasusila mereka
  • ibu bapa harus mengawal pergaulan anak-anak sama ada di rumah/diluar rumah

(b) ekonomi

  • penyalahgunaan teknologi seperti internet
  • tempat awam menjadi sarang untuk mereka bersosial

..cara mengatasi..

  • mengawal batas penggunaan teknologi
  • menguatkuasakan peraturan-peraturan di tempat awam

Tindakan Yang Perlu Diambil Bagi Masalah Sosial.

Tindakan yang Perlu Diambil Bagi Situasi Tersebut...

M/ s 58


Situasi 1: Rakan sekelas anda sedang merosakkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.

Tindakan: Kita hendaklah memberi teguran atas kesalahan yang dilakukan. Kita hendaklah melaporkan kepada guru yang bertanggungjawab.

Situasi 2: Rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah.

Tindakan: Kita mestilah memberi nasihat dan memberitahu kesan-kesan yang telah dilakukan.Seterusnya,kita mesti melaporkan kepada guru disiplin.

Situasi 3: Rakan anda merosakkan meja dan kerusi sekolah.

Tindakan: Pelajar haruslah memberi peringatan dan melaporkan kepada pihak sekolah.

Monday 19 October 2009

Kepekaan dan Tindakan Terhadap Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat.

2) Bincangkan cara-cara untuk membendung perbuatan jenayah sosial seperti mencuri, membuli, vandalisme, penyalahgunaan teknologi dan sebagainya.


  • Memberi bimbingan dan motivasi.
  • Ibu bapa haruslah memberi perhatian lebih kepada anak-anak.
  • Msayarakat harus saling nasihat-menasihati.
  • Remaja perlu didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan.
  • Semua pihak perlu memberi kerjasama.

3) Sebagai pelajar, apakah tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah sosial yang semakin menjadi-jadi?

  • Pelajar hendaklah memilih kawan yang baik.
  • Pelajar hendaklah menjauhi aktiviti-aktiviti yang negatif.
  • Pelajar perlulah mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kepekaan & Tindakan terhadap Isu dan masalah Sosial dalam Masyarakat

(1) Masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat

petikan A (buku teks , m/s 49)

  • melepak
  • menghisap ganja
  • lumba haram
  • mencuri / merompak
  • pecah rumah

petikan B (buku teks, m/s 50)

  • kurang didikan agama
  • cinta buta

petikan C (buku teks, m/s 50)

  • vandalisme

petikan D (buku teks, m/s 51)

  • penyalahgunaan teknologi
  • menyebarkan fitnah/berita palsu

petikan E (buku teks, m/s 51)

  • membuli
  • mengherdik
  • memaki
  • mengasari
  • memukul
  • memeras ugut
  • berfoya-foya
  • seks bebas
  • membelakangkan undang-undang, moral dan etika

Monday 12 October 2009

Etika Pengguna dan Peniaga

Pengguna

  • tidak membeli barangan curi atau seludup
  • tidak memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan
  • bertanggungjawab melaporkan sebarang penyelewengan kepada pihak berkuasa

Peniaga

  • menjual dengan harga berpatutan mengikut pasaran
  • mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan
  • mematuhi garis panduan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

Ciri-ciri Pengguna Rasional.

Ciri-ciri Pengguna yang Rasional...
  • Membandingkan harga barang sebelum membeli.
  • Membuat senarai barang ketika ingin membeli.
  • Membeli barang yang diperlukan sahaja.
  • Menetapkan bajet sebelum membeli.
  • Bertindak sebagai pengguna yang rasional.

Keselamatan Pengguna, Industri dan Alam Sekitar

  • kualiti barang atau perkhidmatan yang sama dengan harga yang berpatutan
  • barangan ( khususnya makanan dan ubat-ubatan ) memenuhi kriteria selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan kesihatan
  • tiada penyelewengan dalam timbangan dan sukatan yang digunakan, dan juga barang yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan
  • keadilan semasa memberikan layanan yang sopan kepada sesiapa pun tanpa mengira ras,status, jantina dan sebagainya
  • tiada unsur eksploitasi terhadap pengguna

Pengguna yang Rasional

  • membeli berdasarkan keperluan
  • bersikap rasional, bukan emosional semasa membeli-belah
  • membeli barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan
  • mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai pengguna rasional
  • bertindak sebagai pengguna rasional dan peniaga beretika
  • mementingkan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar
  • membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian

Hak dan Tanggungjawab Pengguna

  • hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang selesa. Contohnya, makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat tinggal, kemudahan dan pendidikan.
  • hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. Contohnya, makanan dan ubat-ubatan.
  • hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi pembelian keluaran yang rosak atau berbahaya dan pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati janji.
  • hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan.
  • hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga berpatutan.